Tuesday, 16 August 2011

10 CARA DIET MALAM

Mengamalkan diet bukan semata-mata untuk kecantikan tetapi juga untuk manfaat KESIHATAN. Sememangnya diet perlu juga ada caranya kerana ramai yang menganggap bile berdiet perlu mengurangkan makan terutamanya pada waktu malam.

Kebanyakan orang langsung tidak menjamah makanan kerana takut gemuk. Sebenarnya, walaupun kita berdiet, tetapi bukan bermakna menghalang kita untuk menikmati makanan. Cuma, beberapa perkara perlu diamalkan untuk anda memperolehi manfaat dan diet malam selain Berjaya menurunkan berat badan.
Tahukah anda???? Diet malam hari sebenarnya lebih banyak kelebihannya apabila diamalkan. Sebaiknya makan pada waktu malam 4jam SEBELUM TENGAH MALAM. Selain itu, ELAK makan dengan GELOJOH atau TERBURU-BURU kerana ia akan menimbulkan kesukaran pada system penghadaman.
Yang penting selepas makan ELAKKAN  daripada TERUS TIDUR kerana inilah antara faktor yang terjadinya masalah kegemukan.errr...patutla...

KELEBIHAN DIET PADA WAKTU MALAM:
1. Berat badan akan menjadi lebih ideal.
2. Menjadikan tubuh anda seimbang
3. Dan tidak mudah berlaku pertambahan berat badan ekoran sistem amalam pemakanan yang teratur dan berkhasiat.
Berikut 10 cara atau strategi diet malam yang berkesan yang boleh anda amalkan =)

1. ELAK MAKAN SELEPAS JAM 7.00 MALAM

Waktu paling elok untuk mengambil makan makan adalah sebelum jam 7.00 malam. Elakkan makan malam melebihi waktu ini terutama apabila menghampiri waktu TENGAH MALAM. Biarkan sekurang-kurangnya 4 JAM SEBELUM MASUK WAKTU TIDUR.


2. AMALKAN MINUM SUSU

Amalkan minum susu setiap malam sebelum waktu tidur. Cukup sekadar segelas susu panas bagi mengisi perut kosong sepanjang malam semasa tidur.Pastikan susu tersebut yang rendah lemak yer..

3. LEBIHKAN BUAH DAN SUP SAYUR

Pastikan makanan yang diambil terdiri daripada buah-buahan dan sup sayuran yang menyihatkan tubuh badan.


4. UTAMAKAN BUAHAN SEGAR

Pilih buah-buahan segar dan mengenyangkan seperti buah epal yang merupakan antara buah pembekal karbohidrat yang tinggi dan membina diet sihat.


5. DAHULUKAN MAKANAN DENGAN SUP SAYUR

Jika anda memilih makanan yang agak berat, dahulukan makan sup sayur dan elakkan bersama NASI. Ia juga membantu anda rasa lebih KENYANG.

 

6. MAKANAN REBUS DAN BAKAR

Seperti ikan bakar atau panggang yang dimakan tanpa nasi. Rebus sayur yang dimakan bersama sedikit perisa tambahan perasa.

7. MANDI SEBELUM MAKAN.

Bagi mengelakkan PERUT BUNCIT, sebaiknya anda mandi terlebih dahulu sebelum mengambil makan malam. Ia petua lama adakalanya petua orang lama masih boleh diguna pakai.

8. AMBIL AIR KOSONG ATAU JUS

Jika jus, minum segelas jus buah-buahan atau air kosong. ELAKkan minuman berkarbonat atau yang mengandungi kadar GULA yang tinggi.

6 Liter air setiap hari


9. SENAMAN RINGAN SEBELUM TIDUR

Lakukanlah senaman ringan sebelum tidur. Seperti senaman sit-up antara yang mudah dan ringkas untuk anda yang ingin menjaga bentuk tubuh. Selain berdiet malam hari, iringi dengan senaman sebagai pelengkap kepada program diet anda.
Try buat sit-up atas katil sebelum tidur...boleh kempiskan perut...cubalah


10. AMALKAN SUPPLIMEN

Lengkapkan diet malam dengan makanan tambahan untuk kesihtan tubuh dan kulit. Pastikan anda jamah makanan yang disyorkan sebelum mengambil sebarang vitamin.

No comments:

Post a Comment